Tuesday, July 21, 2015

Menutup Portal Sarawak Report (SR) Adalah Jenayah Politik.

Untuk memberikan kesan yang lebih mendalam, adalah lebih baik memfailkan saman berbanding menutup saja saja portal Sarawak Report.

Semata-mata hanya untuk mengalihkan isu, tanpa perlu menjawab persoalan dengan terang dan benar.

Menutup portal berkenaan telah memburukkan lagi keadaan. Seolah olah apa yang di dedahkan ada kebenarannya. Pemerintah BN tidak mampu berbuat apa, selain menggunakan cara yang "kejam"tapi pintas. Walaupun tuduhan itu belum pasti akan kesahihannya, benar atau fitnah semata-mata. Himmm, macam orang yang hilang jati diri.

Sebelum portal Sarawak Report di tutup, tidak dinafikan sedikit sebanyak kepercayaan masyarakat terhadap UMNO telah berkurangan. Memandangkan tidak kedengaran, jawapan jitu dari pihak pengurusan 1MDB selain berpolemik dengan agensi PAC.

Sekarang, dengan menutupnya telah memangkinkan kepada kehilangan sokongan dari pengundi BN. Maklum kebenaran yang ada bersama kebebasan telah dikhianati, bertentangan dengan apa yang dipanggil kebebasan bersuara.

Harus isu dihadapi dengan penuh keberanian, tidak hanya terloncat loncat macam cacing kepanasan. Takut tanpa tindak balas yang berkesan tidak akan mampu mengubah apa apa.

Di akhir kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, sebagai pemimpin di negeri simpanan tetap BN seperti mana keratan akhbar di atas. Biarlah rakyat yang menghukum BN pada PRU akan datang. Andai  tindakan  menutup portal SR tidak disukai oleh masyarakat Malaysia.? Wah, rasa macam pendapat mereka yang kurang bertanggungjawab.

Sedangkan pada PRU13 yang lepas dimana krisis 1MDB belum meletus, ada tempat di Kota Belud sendiri yang berjaya ditawan pembangkang. Peliknya boleh lagi membuat jaminan yang begitu yakin. Himmm

Menutup portal SR yang bertujuan untuk mengalihkan isu dengan alasan menjaga keharmonian rakyat adalah palsu lagi memperlekeh masyarakat Malaysia, seolah olah masyarakat ini terlalu bodoh di dalam menilai isu yang melibatkan kepentingan mereka.

Jadinya mana mana pemimpin yang menyokong penutupan portal Sarawak Report adalah sebenarnya penjenayah politik.

Terutamanya pemimpin pemimpin Sabah, alahai. Sedang ramainya masyarakat Sabah yang masih miskin hanya disogok dengan cerita kosong.

Hakikatnya untuk menyelesaikan skandal 1MDB tidak boleh menutup semua laluan tapi laluan itu yang harus di perluaskan. Siapapun bebas berjalan barulah apa yang dipanggil menagih kepercayaan rakyat akan berlaku.

Jelaskan pada rakyat apa sebenarnya yang berlaku. Bukannya menikus. Alahai

Menutup Portal Sarawak Report (SR) Adalah Jenayah Politik, oleh SKMM.?


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.