PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kerana tidak tahu malu apabila media luar memburukkan negara ini.
Katanya, akhbar di Amerika Syarikat dan London telah terlebih dahulu membuat kritikan terhadap negara dan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi Anifah tidak pula merasa malu.
“Media barat dan akhbar terkemuka di Amerika dan London pernah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street,” tulisnya dalam blog.
Dr Mahathir berkata, Anifah tidak pula berasa malu dengan semua laporan itu sehingga tidak ada sepatah kata pun disuarakan.
New York Times baru-baru ini menyiarkan kritikal Dr. Mahathir terhadap Najib dan sebagai menteri bertanggungjawab hal ehwal luar negara, Anifah menganggap perbuatan itu memalukan negara.
Dr. Mahathir menekankan, pihak yang harus malu ialah Najib kerana masih gagal menjawab skandal yang dilemparkan terhadapnya.
“Di negara lain, skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin, dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan,” tulisnya.
Sumber FMT.
Selain apa yang disebut di atas ada lagi beberapa perkara yang tidak dinyatakan sepertinya deal Datuk Anifah dengan Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan bersama pembangkang. Dimana skandal ini telah diheret ke bilik mahkamah. Nah cuba bayangkan, kalau nanti Anwar Ibrahim yang menang.? Himmm
Selepas ini, telah menjadi tanggungjawab Datuk Anifah Aman untuk menafikan apa yang dikatakan oleh Dr M. Nah kalau tidak, benarlah apa yang dikatakan oleh Dr M, ini Datuk Anifah tidak pandai malu, terlalu membodek lebih kurang begitulah. Himmm
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.