Wednesday, June 17, 2015

Tidak Perkauman Bumiputera Menuntut Hak Mereka, TPM.



Muhyiddin Mohd Yassin,melaysia
PETALING JAYA: Bumiputera di negara ini berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap ekonomi dan hak mereka yang dipinggirkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu tidak seharusnya dianggap rasis kerana menyuarakan apa yang menjadi hak mereka.

“Sebagai penduduk majoriti, Bumiputera berhak membuat tuntutan untuk mendapatkan kesamarataan peluang dalam ekonomi secara inklusif.

“Mereka tidak seharusnya dilabel sebagai golongan yang rasis semata-mata kerana menuntut apa yang hak bagi diri mereka,” ujarnya sewaktu berucap di Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015, di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) pada Rabu.

Muhyiddin berkata, sejarah membuktikan sebuah negara tidak akan aman jika bumiputera tidak menerima kekayaan secara adil dan saksama.

“Banyak bukti yang ada di serata dunia menunjukkan apabila golongan majoriti di sesebuah negara tersisih daripada arus perdana kemajuan ekonomi negara serta gagal menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama, maka negara itu tidak akan menjadi sebuah negara yang aman dan stabil.

“Pergolakan, perbalahan dan krisis akan berlaku dan ini bukanlah satu perkembangan yang sihat untuk sesebuah negara,” katanya lagi.

Bagi mengelak malapetaka seumpama itu berlaku di negara ini, kerajaan akan meneruskan agenda memperkasa ekonomi bumiputera dalam semangat pertumbuhan inklusif yang dilaksanakan secara adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum atau kumpulan sosial.

“Tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk membela nasib 40 peratus bumiputera terbawah menerusi penyediaan pelbagai program jaringan keselamatan sosial, pembasmian kemiskinan, pengupayaan kapasiti dan peningkatan pendapatan,” katanya.

Sumber FMT.

Antara admin dan TPM, pemikiran atau pendapat kami ada persamaannya. Seperti mana kritikan kritikan admin sebelum ini, sama ada melalui Facebook atau Blog itu sendiri.

(Sesekali mengangkat bakul sendiri.  Kalau bukan diri siapa lagi, heheh)

Memang benar antara cara bagaimana untuk mensejahterakan rakyat ialah dengan meletakkan hak pada tempatnya di hampir semua segi. Baik dari konteks memudahkan pengurusan (pentadbiran) atau sosioekonomi yang mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Ini tidak berlaku, maka negara akan berhadapan dengan pelbagai persoalan. Jangan lupa di dalam politik juga ada kerja Tuhan.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.