Sejak daripada dulu, politik bukan semua apa sebenarnya yang berlaku lalu di dedahkan tapi sebaliknya. Dan hakikat ini berlaku sejak lagi di era pentadbiran Dr M malah Anwar Ibrahim. Tinggal lagi waktu itu masyarakat belum terdedah dengan pelbagai kemudahan komunikasi seperti mana sekarang.
Ada berita mulanya palsu tapi nampak benar bila ia dikaitkan dengan beberapa isu sepertinya berita 1MDB. Atau saja sememangnya benar tapi dimanipulasi akhirnya nampak palsu, sepertinya kegiatan Anwar, walaupun sudah merah padam Dr M mendedahkan bahawa Anwar memang melakukan kesalahan moral tapi ada juga masyarakat yang tidak mempercayainya. Inilah yang dipanggil persepsi.
Kamu orang sudah faham kan. Ini juga mungkin manipulasi atau mungkin juga bukan. Himmm
Bermakna perselisihan antara PM Najib Razak dan Dr M, tidak boleh kita kata ada di antara mereka yang benar maka itu kita memihak. Tapi keduanya berada di pihak yang benar, pernah melakukan kebaikan dan kesalahan, buktinya waktu itu pembangkang sedia ada.
Keduanya memberikan kebaikan dari konteks politik dan masyarakat. Keduanya perlu diberikan sokongan, selagi mereka berada di atas landasan BN.
Memang begitu kebaikan di dalam politik kadang kadang baik pada kita tidak pada orang lain, begitu juga sebaliknya. Oleh itulah terutamanya Ketua Ketua NGO tidak boleh secara terang memihak satu di antara dua yang sedang berbeza yakni PM Najib Razak dan Dr M.
Mereka berdua anugerah Allah seperti mana kita. 😉
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.