Wednesday, April 22, 2015

Perdana Menteri Boleh Dikritik Berbanding Ketua Menteri Sabah.

Menurut Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, PM Najib Razak dikelilingi oleh individu individu yang memandai mandai. Hanya mementingkan diri, jauh sekali menjaga politik PM Najib Razak. Maka itulah timbul konflik yang hampir melibatkan semua barisan utama UMNO.

Kenyataan seperti diatas telah lama menjadi liburan masyarakat politik di peringkat pertengahan dan akar umbi. Tidak hanya bertempat di kedai kopi tapi juga di ruang maya. Skop ceritanya meliputi 1MDB, walaupun pada ketika itu tidak berapa jelas.

Sebab itulah ada kita mendengar, jolokan punah sihat Perdana Menteri. Sebagai kesimpulan keatas apa yang berlaku.

Tapi sayang tidak mendapat peduli. Sehinggalah Dr M pula memainkan peranan.

Secara peribadi saya sendiri turut berpolemik dengan kelemahan tadbir, tapi hanya di peringkat negeri Sabah yang diketuai oleh orang orang Musa. Diri katakan, caranya terpulang apa yang penting bagaimana untuk memulihkan keyakinan masyarakat Sabah terhadap BN, memandangkan telah 12 kawasan menjadi milik pembangkang. Itu saja, ini tidak malah takut dengan bayang bayang sendiri.

Tapi juga sayang tidak mendapat peduli. Malah menjadi bahan cacian mereka yang berlagak CyberTrooper Tiong. Sehinggalah Datuk Jumat menjadi mangsa ketidakmampuan mereka dalam menangani dakwaan yang dilemparkan.

Ini kumpulan sengal ni bukan pandai faham, bagaimana untuk membetulkan politik. Buktinya sehingga sekarang ini pun mereka sengaja mencari gara gara, itu pembangkang yang sepatutnya mereka nyakan pula yang didiamkan. Himmm

Tidak malu kah, pentadbiran Perdana Menteri orang boleh kritik, berbanding pentadbiran negeri Sabah yang tidak seberapa tu. Apa lagi hanya sedikit kemajuan yang dirasa. Paling ada bangunan tinggi yang tidak pun menguntungkan masyarakat. Itu yang dijulang tinggi sebagai kononnya kejayaan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tauke Hap Seng boleh buat. Himmm

Nah terbukti benar, bukan. Fokus


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.