Sunday, April 26, 2015

Muhyiddin Dan Zahid Menolak Gesaan Dr M, Pasal Jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Baik pemimpin atau penyokong BN. Untuk menafikan kredibiliti Dr M harus ia kelihatan bijaksana, jangan merapu.

Begini contoh pendapat yang budiman :-

Kalau benar Dr M ingin menggugat kedudukan PM Najib Razak maka semestinya Dr M mendesak agar TPM Muhyiddin mengeluarkan kenyataan supaya PM Najib Razak mengundurkan diri.

Daripada Dr M berterusan berpolemik di luar organisasi UMNO, tidak kritikan itu mendatangkan manfaat kepada BN malah sebaliknya.

Kalau dulu pilihan ada di tangan PM Najib, akibat kritikan bertali arus maka tekanan kini berada di tangan Dr M. Sejauh mana beliau boleh mempengaruhi Timbalan Perdana Menteri.

(belum sempat saya paparkan entri diatas, sudah ada kenyataan terbaru dari TPM tapi agak kontra)

Pergolakan semasa politik UMNO, "sukar" untuk diulas. Semakin rumit.

Sebab individu pemimpin yang menjadi kunci yakni TPM Tan Sri Muhyiddin buat masa ini tidak ingin mengikut kehendak Dr M. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai serangan terbaru Dr. M terhadap pentadbiran negara.

Begitu juga dengan Datuk Zahid Hamidi menurutnya, tidak ada keperluannya untuk menukar PM Najib Razak. Beliau ketika mengulas kenyataan Tun Dr M yang mahu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran Najib menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi.

Adakah dengan itu telah ia menutup spekulasi pasal peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia.?

Selepas ini apa agaknya yang akan berlaku ya. Adakah Dr M akan meneruskan serangannya atau berhenti begitu saja, sebab telah pun mendengar kenyataan padu daripada pemimpin rasmi UMNO itu sendiri. Yang mereka tetap memihak Datuk Najib Razak untuk kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.