Dakwah mereka, jentera PAS menggunakan wang ringgit untuk meraih undi. Sejumlah wang dimasukkan di dalam sampul berserta dengan contoh kertas undi sebagai ingatan. Sebagai persediaan sebelum tarikh membuang undi di PRK Chempaka yang dijadualkan pada 22hb Mach 2015
Kita tidak nafikan pendekatan seperti ini juga digunakan oleh semua parti politik, tinggal lagi yang menjadi halangan ialah mampu atau tidak satu satu calon atau parti. Kita jangan hipokrit, Tuhan nampak apa yang kita buat. Kita akui semua itu. Sebab kita percaya disebaliknya ada hikmah bagi mereka yang memerlukan.
Isu, tapi kenapa selama ini sering kita mendengar terutamanya dari penyokong PR memburuk burukkan parti BN sebagai pengamal politik wang. Apa lagi mereka terdiri dari penyokong politik PAS
Sedang kalau dinilai secara halus, mahu tidak mahu masyarakat itu sendiri yang memaksa parti politik agar menggunakan wang supaya mereka memihak.
Ertinya wang dan politik tidak boleh dipisahkan dan selepas ini jangan lagi ada pihak terutamanya dari pembangkang yang memutar belit kononnya BN menang kerana wang.
Mohon pencerahan.?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.