Sunday, March 22, 2015

Azmin Ali Menafikan Hudud Kerana PR

Kenyataan politik pembangkang yang  menafikan hudud, walaupun mereka sedar dengan sesungguhnya bahwa hudud adalah hukum Allah yang wajib di patuhi.

Tinggal lagi sebelum melaksanakannya perlu lah diukur dari konteks kemampuan dan bertepatan. Seperti yang digambarkan oleh ulama PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang, kenalah negara ini bebas dari kemiskinan dan pengangguran, barulah hudud boleh dilaksanakan.

Tapi alasan tidak menyokong perlaksanaan hudud, sebab agenda hudud tidak tertulis sebagai kerjasama politik. Adalah alasan yang cukup dangkal. Seolah olah melebihkan PR berbanding Allah.

Seperti mana kenyataan rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali

SUBANG JAYA - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan pelaksanaan hudud bukan dasar utama dalam PR dan mempertahankan kenyataan DAP yang memberi kata dua kepada Pas supaya menghentikan pelaksanaan hudud yang bakal dibentangkan dalam sidang khas Dun Kelantan 29 Disember ini.

Boleh tidak bersetuju tapi bagi lah alasan yang agak cerdik.

Lalu bagaimana pula dengan undi kemenangan atas tiket Pakatan Rakyat (PR).? Sudahlah tidak menguntungkan penyokong dari konteks duniawi, hanya untuk memuaskan hati penyokong PAS pun sudah tidak berkemampuan. Macam mana tu.?

Mari kita berfikir secara logik. Bagaimana agaknya andai pada PRU13 yang lepas PR yang diberikan mandat oleh masyarakat untuk memerintah negara, lalu di mana kedudukan hudud PAS pada ketika itu, ingat hudud tidak tertulis sebagai kerjasama di dalam PR.?

Mohon pencerahan.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.