Ada bilang sekumpulan remaja belia lelaki perempuan yang ditangkap oleh pihak Polis sebab cuba menggerakkan agenda SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia). Tangkapan dibuat di Pasar Tamu Tuaran, Sabah.
Mereka bergerak melalui kumpulan kecil serta berpecah kepada kumpulan tertentu dan menjalankan operasi mereka di merata tempat bagi menghasut masyarakat setempat, tidak terkecuali menghasut peniaga yang kebetulan berada di sekitar pasar tamu, agar turut serta mendokong agenda autonomi sekaligus menandatangani dokumen yang dipanggil Go Petisyen SSKM SSU. Sebelum itu mereka menyebarkan risalah yang berkaitan yakni autonomi.
Ekoran itu seramai 9 individu telah berjaya di cekup tapi dibebaskan setelah di ikat jamin oleh kumpulan sama SSKM.
Datuk Yong Teck Lee, dilihat berada di luar pagar bagi menunggu kehadiran tertuduh selepas diikat jamin.
SSKM adalah gerakan yang menyalahi perlembagaan semasa malah di dalam perjanjian 20 itu sendiri yakni di para 7 menyebut tidak ada hak Sabah keluar dari Malaysia. Tapi tetap di langgar.
Sekali lagi kita tegaskan, agenda SSKM bukannya gerakan politik yang sah tapi gerakan sulit haram yang boleh di dakwa di bawah akta hasutan 1948.
Sedar sedarlah sikit, gerakan SSKM dinafikan oleh ramai masyarakat Sabah. Apa lagi ia disuarakan oleh kumpulan masyarakat minoriti berdasarkan keputusan keputusan PRU sebelum ini.
Lagipun cuba konok buat undian terhadap masyarakat Sabah mahu kah mereka keluar dari Malaysia. Kalau sukar membuat undian sebab keluasan Sabah. Nah pergi tanya masyarakat Labuan, apa mereka selesa atau tidak menjadi Wilayah Persekutuan. Alahai
Puak ni agak memelikkan, bergerak atas nama demokrasi tapi saluran rasmi yang ada di dalam demokrasi tidak digunakan dengan sepenuhnya. Maksud saya pilihanraya 5 tahun sekali.
Ini adalah wadah perbadi, gerakan sulit yg haram.. Rsa2 kenytaan itu perngkap. Orang2 perliman tidak ckp seperti itu. Lagi pun SSKM disebut2 juga dalam perliman.
ReplyDelete