Friday, February 6, 2015

Disebalik Penafian Cetusan Peralihan KM Sabah



Rata rata kroni pentadbiran Musa ni, bernafsu besar, mereka ingat Sabah mereka punya. Sedikit perbezaan yang mampu membuka ruang dan peluang terus mereka fokus sampai mereka dapat, walaupun mereka sendiri tidak berkelayakan. Seperti halnya dengan jawatan Datuk Jumat Idris, walhal perbezaan yang beliau cetuskan hanyalah bertujuan untuk memperkasakan sekaligus kelangsungan BN. Peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah perlu dicetuskan, ekoran pentadbiran negeri yang lemah telah menyebabkan beberapa kawasan berjaya di tawan oleh pembangkang. Jalan penyelesaiannya terpulang, yang penting BN kuat seperti mana dahulu.

Tapi cetusan berkenaan, tidak boleh diterima oleh kumpulan belaci. Lihat saja gerak kerja mereka kumpulan belaci, seperti mana gambar yang mereka tag. Terus jak meminta agar masyarakat membuat pilihan, siapa diantara mereka yang paling kononnya layak menggantikan Datuk Jumat. Siap sebut calon yang berwibawa lagi. Mungkin kot. Adeh

Ini perjalanan politik BN di negeri Sabah ni, boleh saja membawa mual pada masyarakat. Tetap melihat politik seperti era di awal kemerdekaan sekaligus kekal menilai masyarakat Sabah sebagai bodoh bodoh belaka. Mereka ingat, tradisi kepimpinan boleh mereka letakkan sesuka hati. Lain lah kalau memang berkelayakan, itu lainlah.

Mulanya tegas menafikan cadangan peralihan, hingga terkeluar usul melucutkan keahlian UMNO Datuk Jumat Idris. Kurang itu maki hamun menjadi mainan demi konon kebaikan BN, supaya tidak berpecah. Walhal merangsang perpecahan. He

Tapi rupanya penafian termasuklah yang berupa cacian bukan semata penafian demi kestabilan BN tapi ada udang di sebalik batu. Ingin mengapai cita cita yang terkubur lama, sebagai pemimpin di Parlimen Sepanggar. Tidak terpilih sebagai calon di PRU13, lalu kecewa. Ini kali lah mereka mengambil kesempatan menekan dalam dalam Datuk Jumat.

Ertinya juga, terpilihnya Datuk Jumat sebagai calon BN di Parlimen Sepanggar atas kapasiti diri atau kredibiliti beliau itu sendiri. Tidak kerana syor pentadbiran negeri.

Kalau memang waktu itu Federal memberikan mandat pada Pengerusi BN negeri Sabah di dalam menentukan calon, sudah tentu mereka memilih calon dari kalangan mereka walaupun kurang berkelayakan. Lepas itu entah menang atau tidak. Nafsu kuda tenaga ayam, itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk mereka.

Nah terbongkar sudah, apa yang tersirat disebalik konflik peralihan dan tuduhan tuduhan liar yang tidak berasas terhadap Datuk Jumat, sejak sebelum tercetusnya peralihan. Selepas tercetus jangan cerita lah, amat dahsyat walaupun kosong.

Jelasnya, perbezaan matlamat antara cetusan peralihan dan cetusan terbaru yang diperkenalkan oleh kumpulan Ansor, ialah kumpulan Asnor lebih kepada kepentingan diri ingin menggayakan diri berbanding kelangsungan BN. Tidak dinafikan rasa kecewa yang sudah tidak boleh dibendung. Bukannya usaha di dalam mengambil balik kawasan kawasan yang telah berjaya di tawan oleh pembangkang. Malah menambah kesakitan hati masyarakat Sabah terhadap pentadbiran Musa.

Kesimpulannya kan, jangan hanya pandai menjelekkan orang lain. Tapi diri sendiri yang lebih jelek.

Mohon pencerahan, khasnya kumpulan belaci. Sebelum itu, tunjukkan kekuatan kalian pada pemilihan UMNO yang akan di adakan pada tahun depan. Walaupun kita kurang berkeyakinan dengan ketelusannya, terutamanya di Pantai Barat yang di kuasai oleh kumpulan belaci.

Jangan marah, ini alam maya yang berbicara ni.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.