Wednesday, January 7, 2015

IRF Jumpa Dr M Untuk Kenakan PM Najib


NGO: Jumpa Mahathir untuk tekan PM

Seorang wakil NGO Islam, Farouk Musa berkata pertemuan beberapa orang pemimpin dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada minggu lalu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) itu menjelaskan bahawa beliau dan dua wakil NGO Islam tersebut tidak mewakili kumpulan 25 orang Melayu ternama (G25), walaupun menyokong gagasan tersebut.

Pertemuan itu antara lainnya membangkitkan isu hudud, katanya yang menambah, ia turut disertai pengasasa Sisters in Islam, Zainah Anwar dan pengerusi Movement for a Just World (Just), Chandra Muzaffar.

"Ia bukan agenda G25, ia merupakan usaha sendiri di antara kami bertiga.

“Kami mahu menyuarakan kebimbangan mengenai kejadian di negara ini – kebangkitan suara ekstremis dan segalanya mengenai isu Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan PERKASA.

"Mereka membuat apa saja yang mereka fikir betul, dan tiada siapa yang menegah,” katanya.

Ditanya lanjut mengenai kedudukan Mahathir sebagai penaung PERKASA, yang dilihat banyak pihak sebagai sebahagian daripada masalah tersebut, Farouk menjelaskan bahawa suara oleh bekas perdana menteri itu "penting".

"Najib tidak mendengar nasihat orang lain. Hanya Mahathir yang boleh kata sesuatu yang mungkin dia akan dengar," tambahnya.

Farouk menjelaskan bahawa Mahathir berpengaruh dan tegas dalam menyuarakan penentangan ke atas agenda Islam PAS dan hudud sebelum ini.

"Apa yang membimbangkan kita, kerajaan dan menteri juga menggoda PAS untuk membentangkan rang undang-undang hudud.

“Kita faham, sebagai pemimpin masyarakat sivil, alasan mereka untuk menggoda PAS adalah untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Farouk berkata Mahathir menghentikan agenda hudud sewaktu menjadi perdana menteri apabila agenda tersebut semakin mendapat tempat.

“Jadi kami mahu Mahathir nasihatkan Najib dalam agenda hudud, kerana kami fikir ia akan memecah belahkan negara,” katanya.

Sumber.

Saya tidak faham secara tuntas, apa sebenarnya yang dimahu oleh NGO Farouk Musa ni. Bimbang tapi hanya menyalahkan PM Najib Razak dan cuba memperalatkan Dr M. Pasal perlaksanaan hudud yang mendapat lampu hijau dari UMNO.

Walhal hudud adalah agenda PAS dan PAS bersekongkol dengan DAP serta PKR. Ertinya yang sewajarnya dipersalahkan oleh NGO Farouk Musa ni ialah PAS dan sekongkolnya DAP dan PKR. Tiga parti komponen sedang bersandiwara pasal perlaksanaan hudud, seorang angkat yang lain tarik. Sebab itulah jugalah ISMA kian lantang tapi pula terlalu extreme.

Bukannya PM Najib atau saja UMNO. Pelik kita.

Begini ceritanya, Teguran DAP/PKR terhadap PAS pasal perlaksanaan hudud hanyalah sandiwara politik. Pada masa yang sama UMNO menyokong perlaksanaan hudud PAS di negeri Kelantan dengan tujuan untuk menyokong perlaksanaan syariat Islam sekaligus menarik perhatian pengundi Melayu untuk menyokong UMNO/BN. Dengan senario ini, sebaliknya penyokong BN yang terdiri dari non-Muslim akan menolak BN. (Sebenarnya kan, UMNO boleh tidak kisah terhadap sokongan non-Muslims BN, sebab sokongan golongan ini di PRU13 terutamanya di Semenanjung agak hambar)

Nampak tak, dia punya permainan tu. Sempit dan tersepit kan. Kalau saja hudud bukan agenda PAS, sudah tentu ini tidak berlaku.

Sebab itulah yang sewajarnya dipersalahkan ialah pemimpin dan penyokong PR, khasnya PAS. UMNO hanyalah cuba mengimbangi perjalanan politik supaya dengan itu sokongan pengundi terhadap UMNO agak berkekalan.

Ini politik PAS ni, macam saja tali barut DAP dan PKR. Betul betul menjual agama untuk keuntungan politik. Tidak terkecuali Farouk Musa.?

Pertanyaan pada NGO Farouk Musa, apa jaminan sokongan yang dia boleh berikan andai UMNO menolak total pembentangan hudud, dari konteks sokongan daripada kompenan BN. Dan kenapa tidak bertegas keatas agenda politik PR, yang banyak mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat.?

Sebelum ini NGO Islamic Renaissance Front (IRF) mempersoal larangan seks keatas dubur. Terlalu lah liberalnya.

Macam terlalu kasar tapi mendalam tau. Akibat cuba berlagak aktor di tengah tengah masyarakat yang kurang masak. Adeh


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.