Ketika ini ada ramai yang sibuk mempersoal perjalanan Jet rasmi Perdana Menteri. Pelbagai polemik yang kita dengar. Antaranya konon jet berkenaan telah digunakan untuk mengelilingi dunia tanpa kehadiran PM Najib Razak.
Seolah olah pemimpin pemimpin pembangkang sangat mulus, tidak mereka melakukan sebarang perkara yang menguntungkan diri mereka baik di dalam parti atau saja di dalam pentadbiran negeri.
Bagaimana dengan jawatan Presiden Parti PKR yang disandang oleh isteri Anwar, Wan Azizah. Jawatan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di dalam organisasi DAP anak beranak tapi berkepentingan di dalam parti. Bukan kah ia perkara yang disengajakan untuk keuntungan peribadi. Tapi kenapa bila BN yang berbuat perkara sama, pula yang digasak habis habisan.
Ini gambar di bawah, menceritakan kemampuan pemimpin yang tidak "berkemampuan" tapi mampu memiliki jet peribadi. Jangan pula kata ia hanyalah jet yang di pinjam ya. Sebab itu adalah alasan yang tidak masuk akal. Atau kalau pun benar dipinjam pasti saja semua kos penerbangan di tanggung oleh pemimpin berkenaan, jadi dari mana datangnya wang tu.?
Mohon pencerahan dari mereka yang berkenaan, pasal tuduhan saudara Ng Lum Yong, bekas pengasas PKR. Pemimpin Anwar kerap menggunakan jet peribadi bila datang ke negeri Sabah dan Sarawak. Dari mana datangnya jet berkenaan.???
Maksudnya, nasib baik saja para pemimpin pembangkang duduk sebagai pembangkang. Kalau saja mereka menjadi pemerintah negara, kita yakin perkara yang lebih besar akan mereka lakukan, lebih daripada cerita jet rasmi Perdana Menteri.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.