Sebelum ini ada kita terbaca kenyataan Dr Roland Chia untuk meletakkan jawatan ekoran kesihatannya yang tidak mengizinkan. Sebagai Yb DUN Inanam N13.
Selang beberapa hari, sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan melalui akaun Sosialnya. Akan beliau putuskan secara rasmi sekembalinya dari luar negara, sama ada terus dengan pendiriannya untuk meletakkan jawatan atau sebaliknya.
Selain faktor kesihatan yang tidak mengizinkan untuk terus duduk sebagai Yb DUN Inanam. Ada faktor lain yang kita dengar telah menyumbang, antaranya Roland Chia kecewa sebab tidak diberikan jawatan sebagai Ahli Lembaga Syarikat di mana mana syarikat kerajaan negeri di negeri Selangor. Faktor lain sebab jawatan Pengerusi Perhubungan Pembangkang Negeri Sabah bukan miliknya tapi Datuk Lajim Ukim. Atau saja tidak terpilih menganggotai barisan kepimpinan Majlis Pemimpin Negeri (MPN) PKR.
Tapi semua itu dianggap fitnah. Maka itu kita lupakan. Entahlah :-(
Hari ini, Dr Roland Chia sekali lagi menyatakan pendiriannya melalui akaun Facebooknya. Bahwa beliau tidak jadi meletakkan jawatan sebagai Yb DUN Inanam.
Keputusan di buat selepas beliau berbincang dengan beberapa orang pemimpin tertinggi PKR, antaranya Anwar dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Peliknya alasan sakit yang sebelum ini agak kritikal tetiba bertukar selepas perbincangan secara empat mata dengan pemimpin pemimpin berkenaan.
Pada pendapat peribadi diri kan, alasan Dr Roland Chia tidak meletakkan jawatan ialah hasil saranan Anwar Ibrahim, risau kalau nanti berlaku PRK di DUN N13 Inanam, pastinya PKR akan menerima kekalahan sekaligus menjejaskan kelangsungan PKR di negeri Sabah. Cita cita mereka yang ingin menjadi pemerintah negara akan berkubur buat selamanya. Maklum selagi Sabah utuh milik BN, selagi itulah momokkan politik pembangkang di Semenanjung hanyalah momokkan kecil seorang budak.
Nasib baik saja, kenyataan terbaru Dr Roland Chia ini sudah rasmi. Kalau saja tidak, elok kita cabar mereka PR agar di adakan PRK di DUN N13 Inanam, supaya kita tahu, setakat mana kemampuan PKR selepas PRU13 khasnya di negeri Sabah, umumnya Malaysia. Apa masih utuh dengan gelaran undi popular atau apa dia.???
Hakikatnya kan telah secara langsung memberi gambaran bahawa Dr Roland Chia bukan pemimpin yang berkredibiliti, sebab tidak mempertahankan kenyataan politiknya dengan hanya mungkin adanya sedikit imbuhan jawatan atau keistimewaan dengan mudah beliau menarik balik ura ura perletakan jawatannya.
Telah sebenarnya menjejaskan kredibiliti Dr Roland Chia sebagai pemimpin. No money no talk,???
Klik link dibawah kenyataan awal perletakan jawatan Dr Roland Chia :-
Dr Roland Chia Meletakkan Jawatan
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.