Sunday, December 28, 2014

Pesawat AWQ8501, Air Asia Terputus Hubungan.

BELITUNG, (28.12.2014) Sebuah pesawat dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur, Bangka Belitung, Minggu. Kita agak menyakini kalau pesawat berkenaan ialah Pesawat AirAsia AWQ8501 milik Indonesia yang dilaporkan hilang.

Pesawat berkenaan membawa penumpang seramai 155 orang. Sepatutnya tiba di Singapura sekitar 8.30am dan hilang dari radar pada jam 7.17am.

Walau bagaimana pun, pemerintah Indonesia masih menunggu kesahihan berita, termasuklah mungkin permakluman dari para nelayan yang kebetulan ada di tempat kejadian, untuk bukti siasatan lanjut. Selain siasatan rasmi oleh pemerintah bagi mencari titik kordinator yang tepat, dimana pesawat berkenaan jatuh.

Walaupun pesawat berkenaan bukannya milik total syarikat dari Malaysia. Tapi atas dasar serumpun, semoga keluarga yang terbabit tabah menghadapi dugaan ini. Pokoknya ini soal takdir. Tidak ada pahala tanpa kesabaran.


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.