Thursday, December 11, 2014

Perkataan Jelek Pada Surat Cawangan KKLW, Kemaluan.

Gambar yang tersebar yang ada perkataan kemaluan

Jawapan dari pentadbiran KKLW

Isu perkataan "kemaluan" yang tercatat pada gambar surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Cawangan, Kementerian KKLW Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Melaka/Negeri Sembilan.

Sejurus itu pentadbiran KKLW telah mengambil tindakan dengan membuatkan penelitian dan mendapati, surat berkenaan telah melalui proses pengiriman melalui faks yang mengakibatkan kualiti huruf telah berkurangan. Sebab itulah huruf J menjadi l, begitu juga dengan huruf Y, pada perkataan Wilayah.

Dipercayai tujuan asal penyebaran gambar surat berkenaan adalah untuk memfitnah Kementerian KKLW.

Ekoran itu, pentadbiran KKLW akan membuat laporan Polis.


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.