Sebenarnya kan apa yang didakwa oleh Datuk Abdul Rahman berikutan laporan RCI pasal kehadiran masyarakat Imigran di negeri Sabah ada kebenarannya, benar yang sangat. Tapi pula telah dimanipulasi oleh kumpulan sengal pemimpin dan penyokong pembangkang di negeri ini, terutamanya oleh STAR/SSKM. Benar tu dakwaan Datuk Abdul Rahman Dahlan :-
1. Memang wujud pertalian darah(hubungan kekeluargaan) antara masyarakat Sabah, terutamanya di Pantai Timur Sabah dengan masyarakat Bajau Suluk di selatan Philipine. Ini berdasarkan catatan sejarah, yang Sabah pada asalnya milik Kesultanan Sulu. Catatan ini tidak boleh kita nafikan. Ok
Pertanyaan siapa orang asal di pantai timur Sabah.? Siapa lagi kalau bukan Bajau Suluk adalah juga bukti kukuh adanya pertalian darah, sejak dulu lama.
2. Kos untuk mendapatkan seorang buruh kasar dari negara jiran berdasarkan jadual bayaran oleh Imigresen. Termasuklah kos pelbagai. yang ditanggung oleh majikan, amatlah tinggi. Seorang buruh kasar memerlukan perbelanjaan sebanyak 3 atau 4 ribu. Kos ditanggung oleh majikan. Itu baru perbelanjaan di tahun pertama, tahun kedua dan seterusnya majikan sekali lagi terpaksa menanggung kos memperbaharui pasport dan permit. Jangan di lupa overhead cost yang terpaksa ditanggung oleh majikan, semasa tempoh majikan mengurus pengambilan buruh asing, selain bayaran terhadap perkhidmatan agensi membekal buruh asing.
Jadi, memutihkan PTI yakin memberikan keterangan diri yang sah adalah hal yang amat menguntungkan dari konteks ekonomi. Bila mereka memiliki status kewarganegaraan, mereka dengan sendirinya terlibat dengan perlaksanaan GST. Selain mampu mengawal pengaliran wang keluar negara.
Selain dari aspek ekonomi, ia juga mampu mengekang kegiatan jenayah dari berterusan. Bila mereka bekas PTI memiliki keterangan diri, maka pihak polis dengan mudah dapat mengenal pasti, siapa mereka.
Kesimpulannya kenyataan berbalik oleh jentera pembangkang pemilik akaun "negara Sabah" seperti mana gambar adalah kenyataan yang cetek, sempit dan terlalu mementingkan diri. Ada baiknya puak tu kekal tinggal di dalam gua.
Posted via Blogaway Jals
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.