Thursday, December 4, 2014

Menandatangani Memorandum Untuk Gerakan Kosong

Gerakan yang buang masa.

SSKM berusaha mengajak seramai mungkin masyarakat Sabah bagi mendatangi borang memorandum menuntut Sabah keluar dari Malaysia. Tapi agak memelikkan, sebab seruan buang masa ini hanya berlegar di sekitar masyarakat KDM yang menyokong STAR. Dan itu bererti hanya KDM STAR kah yang memiliki kebijaksanaan serta bersemangat patriotik. KDM yang memihak BN, PBS,UPKO dan PR di negeri ini serta kaum bangsa lain yang tidak berpolitik tidak sayangkan negeri Sabah dan tidak bijaksana lah. ?

Walhal di dalam perjanjian 20 perkara jelas menyatakan pada perkara 7, bahwa tidak ada hak untuk Sabah keluar dari Federal (Malaysia).

Kita menyimpan keyakinan yang tinggi bahwa perkara 7 di dalam 20 perkara sengaja disembunyikan dari pengetahuan masyarakat KDM STAR, bagi tujuan mengelirukan.

Cuba memartabatkan 20 perkara. Tapi dalam masa yang sama tidak menghormati perjanjian 20 perkara, ini namanya ada kebijaksanaan dan bersemangat patriotik kah.? Tidak kah itu bererti agenda autonomi hanyalah gerakan kosong yang bertujuan mencari dan mengukuhkan kedudukan pemimpin STAR atau Ketua tertentu di negeri Sabah.?

Isunya sampai bilalah gerakan kosong ini akan berakhir. Tidak kah penyokong STAR macam menunggu bintang jatuh ke riba. Harus kok para penyokong STAR dan gerakan SSKM membuat perkiraan secara tuntas. Apa mereka ingin kekal seperti sekarang tidak mahu terlibat dengan kemajuan perdana. Itu namanya kerugian yang nyata. Mengelar diri sebagai masyarakat asal, tapi hidup terhimpit hanya kerana politik. Adeh


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.