Memasang logo Ahli Parlimen Belia (APB) di hadapan kereta adalah perbuatan yang boleh bertukar kepada liabiliti.
Sebelum artikel ini ditulis perbuatan memasang logo APB ini telah menjadi bualan masyarakat muda. Pada mereka ia adalah penampilan yang tidak perlu, belum apa apa lagi sudah ada darjat di antara mereka.
Budaya jelek ini kalau tidak dihentikan, semakin parah lah hubungan masyarakat di negara ini, terutamanya di antara masyarakat muda BN dan masyarakat muda atas pagar. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah organisasi BN. Adeh
Mereka tidak tahu, antara faktor yang menyebabkan UMNO/BN di tolak oleh golongan generasi muda, terutamanya di kawasan urban adalah kerana wujudnya jurang kekayaan di antara Ahli UMNO yang berjawatan dan masyarakat biasa, walhal mereka juga bertanggungjawab keatas kemenangan UMNO/BN pada mana mana PRU. Lain itu, sikap jelek segelintir ahli UMNO yang berjawatan tapi suka menunjuk nunjuk telah memangkinkan kebencian masyarakat muda terhadap UMNO/BN.
Sebab itulah, walaupun selepas itu politik BN berusaha memperkenalkan pelbagai pendekatan bagi menarik balik golongan muda agar memihak BN, masih menemui jalan buntuh. Buktinya keputusan pada PRU13 yang lepas, undi popular menjadi milik PR.
Hidup ni kan, jangan dengan sengaja dikelaskan, rugi oh. Sebab Islam itu sendiri sangat menegahnya. Nah apa lagi manusia biasa, endah lama kena ludah kita.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.