Mana boleh pemimpin marah atau tidak berpuas hati bila masyarakat mempersoal kepimpinan mereka, sekaligus mempersoal untung nasib masyarakat itu sendiri. Tengok ya,
Pemerintah yang mencipta dasar dan program berkebajikan semuanya untuk Melayu dan Bumiputra. Tapi apa yang berlaku.?
Melayu dan Bumiputera di negeri Sabah khasnya menjadi bahan ejekan penyokong pembangkang, disebabkan kemiskinan yang menghimpit walhal masyarakat Sabah adalah penyokong tegar kepada politik BN.
Nah, jangan pula kata, persoalan miskin atau kaya tergantung pada kesungguhan satu satu individu ya. Sebab seperti yang saya katakan sebelum ini, himpitan yang dialami oleh masyarakat Sabah kebanyakannya dipengaruhi oleh faktor birokrasi yang ditimbulkan oleh individu individu atau kakitangan kerajaan yang tidak berkredibiliti dan bertanggungjawab. Dan bukan kah kejelekan birokrasi yang disebutkan tadi boleh diatasi oleh pemerintah. Kenapa tidak bertindak. Mana yang lebih mendatangkan kesan negatif andai mereka bertindak dari konteks demokrasi, masyarakat ramai kah atau sekelumit kakitangan yang tidak bertanggungjawab atau saja segelintir pemimpin yang tidak bertanggungjawab. ?
Kamu orang ingat 50 tahun tu satu tempoh yang singkat kah. Itulah kok yang saya maksudkan, masyarakat Sabah harus berani memutuskan satu satu perkara kalau memang perkara itu tidak menguntungkan sebagai masyarakat simpanan tetap.
Ertinya corak tadbir pemerintah khasnya di negeri Sabah perlu ada penambahbaikan. Jangan banyak songeh sibuk mempersoal balik, sebab tidak mengakui kelemahan diri. Kayu ukur kepada keberkesanan tadbir ialah lihat kualiti hidup masyarakat, kalau ok, bermakna pentadbiran berada pada tempatnya, ok. Tapi jangan pula hanya merujuk pada kumpulan sang pembodek ya, sebab puak itu memang pandai menyisip. Yang saya maksudkan ialah sebilangan besar masyarakat Sabah, hidup mereka harus berkualiti.
Fikirkan dan laksanakan, kalau tidak mampu minta bantuan mereka yang bijaksana yang ada di luar sana bukan hanya pada individu yang mengeliling. Adeh
Apa pun persepsi selepas ini, pastikan kalian tetap berada diatas Barisan Nasional, ya. Saya tetap menyokong baik di depan atau saja dari belakang. ;-)
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.