Saturday, December 6, 2014

Laporan Buruh, Amerika Burukkan Malaysia.?

Benarkah tidak ada kah buruh kanak kanak paksa di Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Amerika.? Sebenarnya ada, tinggal lagi mereka adalah anak anak PTI.

(Penulis merujuk pada artikel yang tersisip diatas).

Antara itulah kok pentingnya memberikan keterangan diri yang sah pada mereka PTI. Terutamanya dari negara jiran. Supaya pemerintah dapat memantau pergerakan mereka. Tengok seperti sekarang, bukan kita boleh menafikannya saja saja lalu orang akan mempercayainya, bahawa buruh paksa berkenaan bukannya masyarakat tempatan. Nanti masyarakat antarabangsa berkenaan akan mempersoal, kalau bukan masyarakat tempatan, kenapa boleh berkerja dan duduk di Malaysia.

Jangan pula ada yang menimbulkan persoalan, sebab itulah kehadiran PTI mesti dikawal supaya tidak menjejaskan nama Malaysia. Hakikatnya kita tidak mampu mengawal kehadiran PTI terutamanya dari negara jiran seperti Philipine dan Indonesia, terima hakikat ini. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya faktor kedudukan Malaysia yang dikelilingi oleh negara yang ada hubungan sejarah dan persaudaraan.

Dan kamu orang tahu apa kesannya pada ekonomi negara andai pemimpin pemimpin utama dunia mengakui tuduhan berkenaan, nah ekonomi Malaysia akan terjejas. Kamu orang tidak takut kah, adeh.



Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.