Monday, December 8, 2014

Kalau PM Najib Razak Boleh Dipersoal, Bagaimana Dengan Yang Lain.

Nah kalau sudah kepimpinan PM Najib Razak boleh dipersoalkan. Bagaimana pula  dengan mereka yang tidak berapa menguntungkan, yang ada di beberapa peringkat bersama jawatan untuk cari makan tu. Nasib baik saja lah, kita ini lebih memikirkan kepentingan parti. Nah kalau tidak, buang masa jak bha duduk di bawah pentadbiran yang tidak bijak mengenal pasti kumpulan masyarakat yang mampu membantu dalam memastikan pembangunan masyarakat ni.

Tapi tidak pula bermaksud, kita menyokong kenyataan  menukar PM Najib, seperti mana gambar. Sebenarnya kan PM Najib Razak telah berjaya meletakkan Malaysia sama tinggi dengan negara negara maju dari konteks politik. Sebab itulah, seolah olah negara ini sedang binasa, ekoran  kritikan dari beberapa pihak yang bertujuan membina. Maksudnya PM Najib terbuka, sebelum ini macam negara yang mengamalkan dasar pintu tertutup, oleh itulah baru kita mendengar pelbagai kritikan mengenainya.

Saya ingat lah kepimpinan Najib Razak perlu ada orang seperti kami di hampir semua peringkat. Barulah masyarakat merasa terbela. Yang ada sekarang, macam saja tidak ada ni, masih beranggapan yang masyarakat ini boleh mati tanpa UMNO, lihat saja kualiti kerja mereka macam melepaskan batuk di tangga. Akhirnya yang mendapat bahangnya itu PM Najib Razak. Alahai ��


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.