Monday, December 29, 2014

Husam Musa, Tidak Bersyukur.

Husam masih berpolemik, tidak pun mengakui kelemahan tadbir kerajaan negeri. Ketika diminta mengulas oleh Malaysiakini pasal dana berjuta yang diumumkan oleh Federal.

Katanya, dia tidak mahu tahu pasal dana/peruntukan apa yang penting ialah kononnya bantuan baju sekolah dll. Lain itu, dia juga mempersoal pengurusan banjir oleh Federal.

Tidak berterima kasih malah, memperlekeh balik usaha bersungguh Federal dalam membantu mangsa banjir, khasnya Kelantan yang diperintah oleh PAS.

Sudah tentulah antara tujuan dana disalurkan adalah untuk membantu apa yang diperlukan oleh mangsa banjir. Tidak usahlah berpolitik sangat.

Soal pengurusan banjir, sebenarnya terletak di tangan pentadbiran kerajaan negeri. Apa langkah awal yang mereka perlu sediakan sebelum banjir melanda, lagi berada di dalam kemampuan ekonomi. Memandangkan banjir melanda setiap tahun. Boleh saja langkah yang diperkenalkan agak efisien, langsung tidak memerlukan dana khas, lebih kepada penyelenggaraan tahunan saliran parit dan lain lain. Dengan itu bencana banjir boleh dikurangkan.

Tunjukkan sikit keboleh mampuan di mengurus negeri dan masyarakat tu, alahai. Jangan saja asyik menyalahkan sebelah pihak. Kalau saja pandai menuding, semua juga orang boleh fikir walaupun mengada ada. Seperti mana Husam.?


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.