Wednesday, December 24, 2014

Dr Zakir Naik Di Halang Memasuki England.

Dr Zakir Naik dihalang dari memasuki negara England. Walhal kalau kita dengar sebelum ini, negara itu terkenal dengan kemodenan akalnya, hinggakan kata mereka kedengaran Azan dilaungkan di dalam gereja.

Dr Zakir adalah seorang pendakwah yang kerap berdebat dengan kumpulan pendakwah terutamanya agama Kristian. Alsebab itulah mungkin beliau dihalang, dari memasuki England bagi meneruskan dakwahnya. Selama beliau berhujah melawan pihak lawan, sering hujahnya berjaya mengislamkan kumpulan individu Kristian. Akhirnya terpaksa mereka pemerintah England berjaga jaga demi kata mereka menjaga kesucian agama Kristian.?

Berbanding di Malaysia, pendakwah agama Kristian di berikan sokongan yang sepenuhnya oleh politik pembangkang hingga penggunaan kalimah Allah pun boleh diangkat untuk mendapatkan kelulusan, yang sepatutnya tidak berlaku. Boleh pula tu bertukar kepada pergaduhan politik sedangkan ia soal kesucian Islam itu sendiri. Lagi mengharukan, permainan agama telah ini mendapat perhatian atau sokongan daripada sebahagian pemain PAS atas nama kebebasan di dalam beragama.

Jeleknya permainan politik dan kebebasan yang diamalkan oleh pembangkang !!!. Negara maju tegas mempertahankan hak agama mereka.
Berbanding pembangkang, Islam diletakkan tepi tanpa mereka sedari hanya kerana perjuangan politik. Sehingga kini isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam masih diperdebatkan oleh para pemain politik, walaupun telah diputuskan oleh mahkamah.

Apa negara England tidak mempraktikkan kebebasan beragama berbanding Malaysia, cuba konon.?


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.