Monday, December 1, 2014

Disebalik Dapatan Kewarganegaraan Yang Dimiliki Oleh Pendatang.

Ekoran dari sini kita boleh membuat beberapa kesimpulan pasal kehadiran PTI dan keterangan PTI yang selama ini sering menjadi bualan masyarakat, terutamanya kumpulan masyarakat yang mengakui diri mereka sebagai orang asal, yang memihak pembangkang. Kononnya negeri Sabah telah dijadikan negeri PTI oleh Federal. Tidak dilupakan tuduhan yang agak liar terhadap kakitangan JPN.

Dengan laporan polis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan ringkas atau dakwaan berbalik :-

1. Tidak semuanya mereka yang memiliki keterangan diri mykad sengaja diberikan oleh pemerintah untuk konon tujuan politik.

2. Begitu juga dengan kakitangan JPN, tidak semuanya bersubahat dengan agen yang mengurus keterangan diri lewat. Tapi pula tidak dinafikan, memang ada.

3. Juga menunjukkan, bahwa tidak semua mereka yang berstatus orang asal bersentimen etnik terutamanya terhadap etnik atau bangsa yang datang dari negara jiran. Ada juga dikalangan mereka yang budiman. Memandangkan undang undang ada membenarkannya. Sebab itu ada di antara mereka yang menjadi bapa angkat kepada individu pendatang yang ingin mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia.

4. Pada mereka yang telah mendapat status kewarganegaraan Malaysia, jangan lah lupa diri. Hormatilah masyarakat tempatan seadanya. Berikan kerjasama di dalam semua aspek, termasuklah aspek keselamatan jangan malah bersubahat atau mengambil sikap berdiam, mentang mentang lah pelaku jenayah terdiri dari kalian. Jangan sampai peluang peluang seterusnya tertutup, hanya kerana kesombongan yang mengakibatkan lupa diri. Harus kalian ketahui, pemerintah punya hak untuk menarik balik status kewarganegaraan yang kalian miliki, kalau difikirkan perlu sebab telah melakukan kesalahan tertentu. Ingat itu, ada pintu masuk, ada juga pintu keluar.

Kesimpulannya, dakwaan selama ini oleh pihak pembangkang yang kononnya pemerintah adalah dalang kepada IC Projek sehingga ke hari ini adalah dakwaan yang tidak berapa tepat. Sebab pemilikan keterangan diri boleh diurus oleh orang perseorangan menurut Undang-Undang dengan syarat syarat yang telah ditetapkan.
Seperti juga halnya dengan negara maju contohnya negara Amerika dan United Kingdom, penduduk di dua negara ini dihuni oleh ramai masyarakat imigran yang mendapat kewarganegaraan melalui proses undang-undang. Malah kalau diperhalusi masyarakat imigran menjadi penentu kepada kemenangan parti politik yang bertanding.


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.