Friday, December 19, 2014

Batal Lesen Memancing Tapi Lain Pula Ceritanya Di Pantai Timur Sabah

Ini sebenarnya yang berlaku. Kita harus memberikan pujian, pada pemerintah khasnya Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri.

Tapi lain pula senarionya kalau di negeri Sabah, hampir semua lubuk ikan yang berhampiran pesisir pantai di isytiharkan sebagai kawasan larangan oleh agensi Taman Taman Sabah atau yang sewaktu dengannya.

Di longgarkan sikit pun tidak mengapa!. Namanya nelayan tempatan, tidak tu mereka memiliki bot yang besar, seperti mana milik syarikat besar yang menangkap ikan di laut dalam. Nelayan tempatan hanya menggunakan bot kecil yang mudah di telan ombak, apa lagi kalau di bawa jauh ke tengah lautan, paling tidak mungkin jadi mangsa perlanunan.

Kalau saja langkah memberikan subsidi RM300 dijadikan alasan untuk merasionalkan kesukaran yang di hadapi oleh nelayan tempatan, saya ingat ia kurang memadai. Sebab itulah lain alternatif harus di fikirkan agar kehidupan nelayan lebih baik, tidak kekal di takuk lama.

Pun begitu, pujian melangit harus diberikan pada pemerintah sebab memahami kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat nelayan, ekoran pelbagai kejadian.


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.