Kalau menurut Dr M, BN akan kalah pada PRU14, disebabkan oleh faktor Najib. Itu menurut pendapat peribadi Dr M semata-mata. Bukannya faktor yang muktamad, senang cerita sejenis ilustrasi politik.
Itu juga bermaksud proses peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah harus cepat cepat di titikkan. Supaya kelemahan BN di Semenanjung dapat di imbangi. Jangan malah Sabah turut lemah, yang membawa kepada kekalahan BN secara keseluruhannya.?
Selain Sabah, Sarawak juga menjadi sasaran PR. Sebab mereka sedar selagi dua negeri ini tidak mereka kuasai selama itulah PR kekal sebagai pembangkang. Kita percaya tidak mungkin mereka mahu kekal begitu.
Di dalam politik, terlalu sayangkan parti dari konteks ini saya merujuknya sebagai UMNO, tidak boleh diamalkan. Bila terlalu disayang, ugutan dari pelbagai pihak akan menjadi mainan, lama kelamaan akan membuka ruang pada pihak lawan untuk menyerang.
Sewajarnya PM Najib Razak membuat ketetapan yang tegas, itu ini perlu dibetulkan. Kritik kawasan yang difikirkan lemah, seperti yang beliau lakukan di majlis konvensyen UMNO Selangor baru baru ini, sebagai lemah dan memalukan. Tidak mengira siapa dia, yang penting UMNO tetap relevan pada semua lapisan masyarakat, khasnya golongan muda.
Selain soal ketegasan seorang PM, keputusan undi di PRU13 yang lepas juga harus di ambil kira. Rujuk keputusan PRU13 di Sabah kerusi Pembangkang telah bertambah. Kerusi DUN bertambah 11 kepada 12, Parlimen 2 kepada 3 kerusi.
Di Semenanjung pula sudah dua penggal Pulau Pinang dan Selangor menjadi milik PR. Kelantan jangan ceritalah, simpanan tetap PAS. Soal Kedah balik ke pangkuan BN, disebabkan oleh faktor Mukhriz. Kalau tidak, kekal tu milik PR. Nasib ada perubahan kepimpinan.
Dari konteks kawasan pembangkang di negeri Sabah. Tolong jangan abaikan, sebab cuba bayangkan. Setengah tempat telah diperintah oleh pembangkang, adakah dengan itu komuniti dikawasan berkenaan hidup dalam kesusahan, terhimpit. Kalau pun mereka terhimpit adakah mereka kisah. Kalau tidak, itu bererti mereka lebih tegar malah mampu mempengaruhi masyarakat di kawasan lain untuk menongak arus di PRU yang akan datang.
Pokoknya sikap tegas, tidak terlalu sayangkan UMNO harus disemat di hati para pemimpin agar segala polisi yang sebenarnya untuk kebaikan masyarakat sekaligus UMNO dapat dilaksanakan, tidak ada keraguan atau takut takut ni. Tekan sampai habis ;-)
Barang di ingat, begini rupa bentuk politik Malaysia adalah disebabkan oleh kematangan masyarakatnya. Bererti tindakan berani dan tegas akan juga dinilai oleh masyarakat matang sebagai kebijaksanaan, kebaikan demi mereka dan parti yang mereka sayangi yakni UMNO/BN.
Jangan terlalu "sayangkan" UMNO demi kelangsungan UMNO.
Mahu wang atau kuasa.?
Posted via Blogaway Jals
Konsep Umno, parti kena kuat. Dari dahulu, kini dan selamanya; kalau parti tidak kuat ertinya pemimpinnya terikut. Jadi tajuk, jangan sayangkan Umno, seperti pada tulisan ini, sudah lari dari konsep Umno; sesiapa yg mengerti dan faham konsep Umno; istilah seperti pada tajuk ini, tidak berbangkit. Sabah kehilangan kerusi bukan kerana Umno; Umno hanya kalah satu DUN, Klias, itupun pada janang Gayuh kaum Bisaya; malah Umno tambah jumlah kerusi parliemn, apabila Sepanggar ditawan. 11 keursi yg ditawan adalah parti komponen dan yang paling teruk PBS dan diikuti UPKO.
ReplyDelete