Monday, October 6, 2014

Status Sabah, Negara Atau Negeri Bukan Soal!

Pasal status Sabah sama ada negara atau negeri dalam perjanjian 1963. Hakikatnya Sabah sebuah negara tapi tidak semestinya kekal sebagai negara hanya kerana perjanjian yang sebenarnya tidak bertujuan untuk menjadikan Sabah sebuah negara.

Status Sabah  telah di ketahui oleh ramai masyarakat Sabah atau saja pemimpin pemimpin di negeri ini sejak dulu lama hingga sekarang ini. Di era pemerintahan USNO yang diketuai oleh Tun Mustapa, perkara ini telah bergolak selepas itu PBS.

Tapi itulah setiap tiba PRU, masyarakat Sabah tetap selesa duduk sebagai negeri maka itulah BN tetap menjadi pilihan dan Federal tetap menjadi rujukan segala persoalan yang melibatkan kepentingan masyarakat Sabah. Dan masyarakat Sabah secara umumnya selesa dengan keadaan ini. Malah dari mereka yang telah berjaya walaupun tanpa campurtangan politik.

Kalau memang kedudukan Sabah di dalam Malaysia telah merugikan ramai masyarakat Sabah, tidak mungkin BN mampu bertahan dengan begitu lama.

Bererti tidak timbul kok  isu pasal autonomi, masyarakat ini tidak akan terpengaruh. Hentikan lah, apa yang nampak agenda autonomi hanya sesuai bagi mereka yang berjiwa kacau tidak melihat perpaduan dan kerjasama sebagai kunci kepada namanya keharmonian dan kemajuan masyarakat itu sendiri.

Klik link di bawah, yang juga berkaitan dengan status Sabah negara atau negeri.

 Sabah sebuah negeri bukan negara.?  


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.