Ini juga sebagai sebahagian daripada sejarah kemerdekaan Sabah yang merdeka melalui persekutuan Tanah Melayu pada tahun 16hb September 1963.
Selepas Sabah mencapai kemerdekaan, satu perlembagaan atau undang undang kecil telah digubal yang mendapat kerjasama daripada kedua belah pihak, diantara negeri dan persekutuan, bahwa Sabah adalah sebuah negeri yang di tadbir oleh Federal, seperti mana Negeri Negeri yang ada di Semenanjung. Melalui perjanjian Persekutuan pada 27hb Ogos 1976
Ingat, pemimpin Sabah yang bersetuju dengan penggubalan perlembagaan seperti mana di atas adalah Ketua Menteri Sabah yang telah mendapat mandat dari majoriti masyarakat Sabah. Bererti sebarang keputusannya dari konteks pentadbiran negeri adalah atas kehendak masyarakat Sabah secara amnya bukannya kehendak atau pendapat pemimpin semata-mata.
Itu bererti masyarakat Malaysia amnya, khasnya masyarakat Sabah harus menghormati perlembagaan ini. Sebab harus di tahu, tidak semestinya perjanjian 20 perkara yang dimeterai oleh generasi terdahulu, masih kekal relevan sehingga ke generasi era ini, alsebab itulah perlembagaan persekutuan yang bertarikh 27hb Ogos 1976 berkaitan Sabah dan Persekutuan dimeterai.
Begini dia punya prinsip, tidak perkara yang salah semestinya jahat, begitu juga sebaliknya tidak perkara yang benar akan semestinya baik dari konteks masyarakat Sabah yang majmuk dan point yang ada di dalam perjanjian 20 perkara.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.