Wednesday, October 15, 2014

Hasan Malek, Jadi Ejekan Pembangkang.

Datuk Seri Hasan Malek meminta peniaga agar mencontohi pengusaha cendol di Kuala Selangor yang menurunkan harga sebanyak 20 sen selepas kerajaan mengurangkan subsidi bahan api baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, perkara ini dikesan semasa pihaknya mengadakan 75,851 pemeriksaan di seluruh negara untuk memantau harga barangan bermula 2 hingga 12 Oktober lalu.

"Pengusaha ini menurunkan harga cendolnya 20 sen. Tindakan itu sepatutnya dicontohi pengusaha atau peniaga lain dan bukan mengambil kesempatan di atas pengumuman pengurangan subsidi berkenaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Sumber.

Betul apa yang dinyatakan oleh Datuk Hasan Malek, sepatutnya tidak timbul soal kenaikan harga yang mendadak, hanya kerana pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.20.

Dek kerana kenyataan Datuk Hasan Malek yang mengaitkan pengurangan subsidi dengan harga cendol, telah menjadi ejekan  penyokong pembangkang. Inilah masalahnya pembangkang, tidak tahu membezakan baik buruk satu satu kenyataan. Apa yang dimaksudkan oleh Datuk Hasan Malek ialah sikap peniaga yang tidak mengambil kesempatan yang sebenarnya memperbodoh masyarakat.


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.