Wednesday, September 17, 2014

PAS dan PKR Berbeza Di Selangor Tapi Tidak PRK Pengkalan Kubor.???

Pada satu situasi kepimpinan PAS tidak sependapat dengan pemimpin pemimpin PKR ekoran krisis politik di negeri Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Tapi pada lain keadaan, PKR yang menjadi tentangan PAS di dalam konflik berkenaan turut berusaha keras dalam memastikan kemenangan calon PAS di PRK Pengkalan Kubor.

Kamu orang nampak tak, sebenarnya kerjasama PAS, PKR dan sudah tentu DAP hanya ingin melihat perpecahan di kalangan masyarakat, khasnya Melayu, sama ada secara sedar atau tidak.

Kerjasama politik yang mereka jalinkan hanyalah bertujuan untuk memenangkan parti masing masing. Tidak lebih daripada itu. 

Untuk makluman sehingga sekarang konflik politik antara PAS dan PKR di negeri Selangor masih berlaku. Dan ini adalah bukti kukuh, tidak ada kesepakatan tapi mendambakan kemenangan akhirnya yang rugi ialah masyarakat itu sendiri.

Undilah Calon BN di Pengkalan Kubor.


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.