Sampai begini sekali Malaysia ini mahu dimusnahkan ya. Pemilik akaun Facebook atas nama Jemaah ISIS Malaysia, mengeluarkan kenyataan bahwa mereka akan memenggal kepala kaum dayak. Tepatnya seperti kenyataan di bawah :-
"Sabah Sarawak adalah negeri kafir
maka wajib ke atas umat Islam menyembelih rakyat mereka
di sana."
Oleh itu NGO Kongres Kebangsaan Dayak telah membuat laporan polis, agar kenyataan yang berbunyi sentimen agama dan kaum di atas dapat disiasat dengan kadar segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.
Pun begitu semua pihak harus bertenang. Secara peribadi, saya tidak menolak, ada agenda tersembunyi di sebalik kenyataan ini atau saja ada tuntutan tersembunyi. Sama ada dari dalam yakni politik tempatan atau saja politik antarabangsa. Atau saja kerja jahat semata-mata, yang ingin melihat pergolakan kaum.
Politik tempatan.
Bertujuan provokasi, supaya senario politik di negara tidak tenteram dengan itu mudahlah bagi pihak lawan menyisipkan agenda mereka.
Tidak mustahil, kalau ini juga berkaitan dengan cubaan mengwujudkan semula akta ISA.
Politik antarabangsa.
Supaya masyarakat dunia membenci sebenci bencinya ISIS. Sebelum ini kita mendengar perkhabaran bahwa jihad wanita Islam dari Malaysia, adalah sebagai pemuas nafsu para "pejuang ISIS". Tapi akhirnya telah dikenal pasti sebagai fitnah. Hanya Allah yang tahu, sejauh mana kebenarannya.
Jangan di lupa, untuk merosakkan kekuatan Islam, perpaduan di dalam negara Islam itu sendiri perlu di ganggu.
Walau bagaimanapun apabila penulis portal yang mengkhabarkan cerita ini cuba mencapai akaun Facebook "Jemaah ISIS Malaysia", telah didapati tidak lagi wujud. Boleh saja pemilik akaun berkenaan telah merasa bahang akibatnya.
Klik link di bawah, artikel ini yang admin cuba cerahkan :-
"ISIS Malaysia" Penggal Kepala Dayak. ?
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.