Membaca dengan panjang lebar sebab sebab kepada cadangan pemecatan KHALID Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor oleh Rafizi.
Ia berkisar soal hutang peribadi Khalid dengan Bank Islam dan MOU Air yang telah menyelesaikan hutang peribadi Khalid. Sebab itulah kepimpinan PR merasa ragu.
Itu semua, adalah andaian Rafizi berdasarkan kronologi perbicaraan Khalid dengan Bank Islam, pada masa yang sama kes Anwar Ibrahim diputuskan oleh Mahkamah lalu dianggap sebagai konspirasi antara Khalid dan UMNO untuk menjatuhkan Anwar, sekaligus bagi mengelakkan MOU yang ditandatangani mendapat halangan dari Anwar. Lucu
Ada banyak lagi termasuklah jual beli tanah dengan syarikat tertentu yang juga telah menguntungkan KHALID. Oleh itulah Khalid Ibrahim wajar di dipecat tukar.
Lalu bagaimana pula andai deal/MOU yang ditandatangani oleh Khalid adalah sebenar benar deal yang menguntungkan kerajaan negeri adapun dapatan untung hasil perjanjian tersebut tidak lebih dari saguhati dari pihak syarikat. Apa ia masih dianggap penyelewengan yang melibatkan wang rakyat Selangor, apa lagi ia belum melalui proses mahkamah atau SPRM untuk dihukum sebagai salah guna kuasa. Hanya itukah bukti Rafizi, kalau Khalid telah menyeleweng.? Kalau soal perjanjian berat sebelah, iya itu adat dalam perniagaan kadang kadang untung kekadang rugi.
Itu belum lagi kita berbicara pasal Khalid masuk Tv maka itu Khalid ada telah mengkhianat, lagi lah lucu.
Sebenarnya apa yang di canang oleh Rafizi dalam usaha menjatuhkan KHALID adalah semata-mata tuduhan yang tidak rasmi. Sebab tidak ada agensi resmi yang menentukannya kalau ia adalah salah guna kuasa oleh Menteri Besar. :)
Mari kita anggap, bahwa semua tuduhan Rafizi adalah tuduhan semata-mata yang tidak memiliki bukti kukuh. Apa dengan itu KHALID masih boleh memegang jawatan Menteri Besar Selangor.? Jawabnya tetap tidak, apapun cara KHALID Ibrahim wajib meletakkan jawatan lalu di gantikan dengan Wan Azizah. Kenapa mesti Wan Azizah, kenapa tidak Azmin Ali.? Bukan kah ini konspirasi namanya.?
Apapun ceritanya ini bukan masalah UMNO/BN, biarkanlah mereka saling bercakaran, yang pastinya PR tidak ada kesepakatan sampai bila bila.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.