Harus menerima hakikat ini, kalau hanya mengharapkan pendapat politik UMNO di semenanjung, UMNO tidak akan bertahan.
Tapi disebabkan oleh cebisan isu yang datang dari Sabah dan Sarawak yang berbunyi kekitaan ia telah mengukuhkan sokongan Melayu demi kepentingan politik dan ekonomi.
Isunya sejauh mana politik hakiki UMNO mampu bertahan tanpa Sabah dan Sarawak. Kita lihat Selangor, berpindah tangan kepada PR.
Baik, sebenarnya ia disebabkan oleh sikap segelintir pemimpin pemimpin pertengahan dan bawahan UMNO yang tidak pandai menjaga kebajikan penyokong masing masing, terlalu mementingkan diri sudah adapun mahu lagi lebih, jadi orang lain macam mana. Daripada mereka hanya menyokong tapi yang mendapat kelebihan ialah orang lain, lebih baik pengaruh UMNO di kurangkan biar sama sama berputih mata.
Harus berubah, tidak selamanya masyarakat Sabah dan Sarawak mengikut telunjuk pemimpin pemimpin mereka kalau mereka tidak diperlakukan dengan sewajarnya.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.