Masalah dalam politik ni biasanya bermula dari perkara yang tidak dijangka yang akhirnya memudaratkan. Ini kerana rata rata pengamal politik beranggapan bahwa pemikiran pengundi berada di bawahan mereka. Mungkin juga telah berubah tapi tetap masih di bawahan mereka atas beberapa faktor. Sedang pada hakikatnya keadaan telah berubah yang juga disebabkan oleh beberapa faktor.
Contohnya undi popular PR melebihi BN pada PRU13 yang lepas. Kalau pemikiran pengundi pada waktu itu dianggap lebih dari mereka pasti taktik yang digunakan akan mampu mengalahkan PR dengan teruknya tidak malah PR mendapat undi popular.
Dan saya lihat sehingga sekarang, persepsi segelintir pemimpin pemimpin BN masih begitu rupa, pengundi dianggap masih berada di bawahan mereka.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.