Apa sudah dia punya cerita tu mengenai keputusan pemimpin pemimpin pasal konflik di negeri Selangor. PAS berpolitik kah?
Sungguh tidak menegakkan agenda PAS dan tetap mahu diikat oleh DAP dengan menyokong Wan Azizah atau saja Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor. Selepas konflik yang berlalu begitu lama.
Kesimpulannya PAS pengamal politik sekular total yang tidak menghormati penyokongnya. Selama ini mereka sebagai penyokong, beranggapan PAS memperjuangkan seperti yang di canang oleh pemimpin pemimpin Islamik PAS. Tapi rupanya tidak, keputusan u turn oleh PAS dengan tidak memihak Khalid Ibrahim itu adalah penanda aras kepada PAS sebagai parti yang suka berpolemik.
Mencipta alasan yang logik tapi sebenarnya melemahkan PAS itu sendiri. Seperti mana istilah tahayul syasih, tetap dijadikan alat untuk berkompromi dengan PARTI DAP yang terang terangan menolak agenda Islam yang ada di dalam polisi PAS.
Hinaan DAP terhadap masyarakat Kelantan yang dianggap tidak bertamadun pun tetap ditelan. Penyokong PAS harus sedar antara faktor yang menyebabkan DAP mendapat dukungan padu dari kalangan mereka ialah sebab menolak agenda PAS, bererti membela nasib mereka.
Nasib baik saja PAS di sokong oleh individu individu yang tidak memahami politik dari semua sudut.
Loser.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.