Thursday, August 21, 2014

Kalut Pasal Penghapusan ISA

Isu penghapusan ISA timbul semula, malah mendapat kritikan pedas dari pihak yang kurang berpendirian.

Kalau memang kalian bangsa yang berani, jangan takut kalau ada pihak  yang mempersoal ketuanan, agama dan bangsa kalian.? Apa lagi, lawan lah. Takkan selamanya bergantung pada pihak Polis, walaupun hinaan itu sudah keterlaluan.?

Mungkin individu yang berkenaan hanya berani memaki tapi takut melakukannya secara fizikal. Mereka juga mengukur kemampuan mereka tu, terutamanya kemampuan dalam hal peperangan yang disebabkan oleh agama Islam atau saja bangsa.

Jangan takut, mereka yang sengaja melakukan kesalahan tetap akan ditangkap dihukum mengikut kesalahan yang mereka lakukan. Mereka boleh ditangkap tanpa waran dari mahkamah.

Sebelum ini, telah banyak tangkapan yang dibuat terhadap individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan, walaupun ia melibatkan anggota keselamatan. Tidak pun melibatkan akta ISA.

Dulu di ambang pemansuhan akta ISA, tidak ada yang tampil untuk membantah terutama dari pihak pemerintah. Baru sekarang sibuk mempersoal penghapusan ISA. Sedangkan ISA bukannya radar yang mampu mengesan kesalahan yang extrim.

*Langsung tidak berkaitan dengan teguran Dr M.

Jadi apa masalahnya dengan akta ISA yang telah di hapuskan.?

Link di bawah ialah artikel yang saya maksudkan sebagai Kalut pasal penghapusan ISA.

 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/08/21/penghapusan-isa-ibarat-najib-tunduk-menyembah-parti-pembangkang/ 

Posted via Blogaway Jals


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.