Memang akan viral kalau isu penghormatan terhadap mangsa MH17 dibandingkan dengan mangsa insiden di Tanduo, Lahad Datu.
Tapi sebelum itu, adakah penghormatan terhadap jenazahr MH17 sangat salah, adakah merugikan, adakah ia telah mengaibkan pihak tertentu. Semua persoalan ini perlu terlebih dahulu diperkirakan, jangan mencari kesempurnaan pada perkara yang bertujuan baik.
Begitu juga dengan penghormatan terhadap mangsa insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu. Adakah penghormatan yang telah diberikan tidak wajar atau tidak mendapat perhatian dari pemimpin. Malah apa yang saya nampak, PM Najib Razak sendiri yang hadir dengan penuh rasa hormat, semasa jenazah anggota tentera yang terkorban tiba di lapangan terbang..
Jadi apa persoalan yang timbul di sana, kedua-duanya juga mendapat perhatian yang amat.
Sebelum isu perbandingan ini menjadi isu hangat di ruang maya, persoalan perbandingan ini ada di timbulkan oleh beberapa individu. Tapi saya berpendapat, insiden MH17 adalah insiden berganda lagi melibatkan masyarakat antarabangsa maka wajarlah mangsa MH17 diberikan perhatian/penghormatan yang lebih. Sebagai simbol kepada kedaulatan negara bangsa dari konteks global.
Tidak salah.......
Persoalan lain, yang mempersoal penggunaan anggota tentera semasa mengurus ketibaan jenazah MH17, dikata sebagai berlebihan. Ini dia punya jawapan.
Selain angkatan tentera yang memang sedia sarat dengan adat istiadat ketenteraan ketika menyambut ketibaan jenazah. Mana lagi agensi yang lebih layak dan berkemampuan untuk berbuat demikian.?
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.