Pada 27hb Ogos. Seorang anggota kumpulan penculik Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Mobin Hailili atau Kahumbo yang juga "pemimpin" Abu Sayyaf di kawasan tertentu, telah berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan negara Filipina. Di kawasan terpencil di Selatan Filipina, Tawi Tawi.
Individu ini dipercayai ada terlibat dengan beberapa kes penculikan dan pembunuhan di sekitar perairan laut pandai timur Sabah terutamanya di perairan laut Semporna, khususnya di Pulau Mabul
Menurut pihak keselamatan Filipina. Sejurus mereka mengetahui kedudukan Kahumbo, beberapa kumpulan anggota unit tangkapan khas polis telah dikerahkan untuk menangkapnya. Walau bagaimana pun tidak ada insiden tembak menembak yang berlaku, tapi berjaya mengambil senjata handgun dan bom milik Mobin Hailili/Kahumbo.
Pun begitu, ketika kakitangan sumber berita ini cuba menghubungi jurucakap polis kebangsaan Kanan Penguasa Reuben Sindac, untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut, dia gagal dihubungi.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.