Sunday, August 31, 2014

Alasan Open Skies Policy, Pasal 6000 Pekerja MAS

Tadi terbaca satu artikel yang mempersoal pengurangan pekerja oleh MAS. Dimana langkah pengurangan itu dianggap tidak berapa tepat.

Tapi pada kita, langkah itu memang bersesuaian berdasarkan keperluan.

Memberhentikan kakitangan seramai 6000 kakitangan adalah antara jalan penyelesaiannya. Pasti pendekatan ini dilihat sebagai tidak tepat sebab kata mereka enam bulan lagi Open Skies Policy akan berlangsung, sudah tentu MAS akan memerlukan tambahan pekerja.

Saya ingat alasan sebab Open Skies Policy yang akan menggiatkan penerbangan keluar negara tidak boleh pakai.

Ini kerana, lapangan terbang KLIA 1 dan 2, menyediakan perkhidmatan yang dikendalikan oleh mesin bukannya tenaga manusia. 30 tahun lepas bolehlah, menggunakan tenaga manusia.

Sedangkan AirAsia pada tahun 2004 hanya memiliki kakitangan seramai 1601 orang. Kita simpan lah pertambahan kakitangan sebanyak 20% (berdasarkan jangkaan peluang pekerjaan yang diumumkan oleh AirAsia pada tahun 2013) setiap tahun, jadi sehingga sekarang jumlah kakitangan AirAsia baru +- 4803. Berbanding MAS sehingga 2014 ada seramai 20 ribu orang.

Bermaksud MAS memang bermasalah dengan lebihan kakitangan. Jadi langkah mengurangkan pekerja seramai 2000 adalah langkah tepat selain 12 langkah yang diumumkan.

Pun begitu, kalau boleh dielakkan dengan langkah yang lebih efisien, ya lagi lah bagus.

Klik link di bawah, artikel ini yang admin cuba cerahkan :-

 MAS dan Abdul Aziz  


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.