Benarkan daerah Semporna berhadapan dengan persoalan penyeludupan diesel.
Kalau kita tanya pada pihak yang mungkin penyeludup yang berpangkalan di jeti jeti awam, nanti jawapan yang berikan ialah diesel berkenaan untuk kegunaan mereka, bot bot pelancongan.
Walhal kalau kita perhatikan trip bot bot pelancongan bagi menghantar pelancong ke kawasan menyelam tidaklah kerap mana, paling pun ada dua atau tiga kali sehari semalam, itupun tidak jauh mana.
Sama ada isu penyeludupan diesel diatas benar atau tidak, apa yang penting ialah kerjasama sekaligus tindakan dari pihak yang telah dipertanggungjawabkan yakni KPDNKK demi memastikan perkara di atas sungguh tidak berlaku. Sekaligus membuang rasa skeptikal masyarakat terhadap pemerintah KPDNKK sebagai lemah, apa lagi GST akan di perkenalkan tidak lama lagi.
Mari kita sama sama mengurangkan kebobrokan.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.