Friday, May 9, 2014

Siapa Sebenarnya Yang Menolak Hudud ?

Saya tidak faham siapa sebenarnya yang menolak hudud ni, untuk melaksanakan hudud ia memerlukan persetujuan dari DAP dan PKR serta UMNO. Untuk makluman UMNO bersetuju dengan perlaksanaan hudud di Negeri Kelantan dan sekarang Federal hanya menunggu draft dari pihak kerajaan negeri untuk mendapatkan kelulusan sebelum ia dilaksanakan, pun itu sebelum hudud di laksanakan kena pula ia mendapat persetujuan dari kalangan MP melalui undian di buat peringkat kabinet yang melibatkan semua pemimpin politik termasukalah DAP, PKR, PAS dan BN. Tapi ingat PKR dan DAP menolak hudud jadi macam mana mahu buat tu ?

Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan DAP dan PKR juga MCA sebagai kompenan di dalan BN yang mewakili mereka yang bukan beragama Islam dari konteks hudud. Baik tidak mengapa, katakanlah MCA tetap dengan pendirian mereka, apakah undian melaksanakan hudud di peringkat kabinet mendapat undian 2/3 tanpa DAP dan PKR, saya ingat ia adalah perkara yang mustahil sebab hanya untuk mendapat 1/3 pun paya :), jumlah kerusi dari dua parti ini ialah sebanyak 68 kerusi dari jumlah keseluruhannya 89 kerusi milik pembangkang, dan sudah tentu pasti 68 kerusi ini akan menolak hudud bererti hanya 21 kerusi yakni PAS yang menyokong hudud sebab agenda mereka.

Disebabkan inikah PAS turut sama mengheret UMNO di dalam perlaksanaan huduh di Kelantan, dengan itu UMNO dilihat menolak hudud, jadi bagaimana pula dengan DAP dan PKR walaupun sebumbung tapi menolak hudud, kenapa tidak saja parti yang di canang sebagai parti memusuhi Islam ?

Boleh saja UMNO menyokong PAS dari konteks perlaksanaan hudud tapi bolehkah PAS berjanji akan mendukung UMNO tanpa berbelah bagi, ingat UMMO/BN memegang 121 setelah di tolak 12 kerusi yang mewakili MCA, MIC dan Gerakan. Jumlah kerusi sebanyak 121 kerusi boleh menentukan kemenangan usul perlaksanaan hudud di negeri Kelantan itu belum lagi di campur dengan PAS, ya. 

Hakikatnya PAS dan PKR telah terperangkap hasil dari permainan politik, yang selama ini mereka gunakan  sebagai senjata untuk menarik perhatian pengundi hinggalah mereka mendapat kemenangan di mana mana PRU.  Nah sekarang masyarakat Melayu yang mereka telah janjikan menuntut apa yang di janji.

Harus anak muda memahami dan  jangan terperangkap dengan batang tubuh hudud itu sendiri, sebab hukum hudud  jelas dan nyata, bahwa hudud adalah hukum yang datang daripada Allah dan pasti relevan sepanjang zaman, sekaligus tidak akan menyusahkan mereka yang beragama Islam dalam melaksanakannya. Tinggal lagi hudud yang cuba di laksanakan di Kelantan, Malaysia telah membuatkan hukum hudud tampak di tolak oleh mereka yang beragama Islam terutamanya di kalangan penyokong UMNO, wal tidak. Semua ini kerna kerja politik PAS dan sekutunya, yang berpolemik dengan hukum agama.

Lihat saja kenyataan dari Bekas Presiden Berjasa, Datuk Wan Hashim Wan Ahmad tidak yakin anggota-anggota parlimen (MP) Umno akan mengundi menyokong perundangan syariah apabila dibawa ke parlimen nanti.

Pada pendapat beliau sokongan UMNO terhadap Hudud hanyalah retorik berdasarkan konon cerita terdahulu oleh kalangan pemimpin UMNO. Tengok, yang asyik di tuding ialah UMNO sedangkan kenyataan terdahulu dan yang ada sekarang sudah berbeza. Sekarang UMNO menyokong Hudud, buktnya  UMNO menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan. Enakmen ini yang sekarang menjadi bahan politik di kalangan pemimpin politik khasnya PR hingga memalitkan semua parti politik yang tidak berkenaan.

Kurang itu, sebagai bukti kalau hudud bawaan PAS hanyalah retorik ialah menurut  Elizabeth Wong (DAP) tujuan PAS melaksanakan hudud hanyalah untuk menarik perhatian pengundi Melayu yang menagih kelangsungan hudud selepas diberikan mandat/sokongan. Walaupun kenyataan ini datang dari pemimpin yang bukan beragama Islam lagi pembangkang tapi sebenarnya ada kebenarannya berdasarkan kepentingan politik seperti mana tulisan diri sebelum ini (klik link yang ada di bawah).

Jangan di lupa DAP dan PAS duduk di dalan rumah yang sama, jadi tiada rahsia antara mereka :), bermaksud tuduhan Elizabeth di atas ada kebenarannya.

 klik link ini  


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.