Thursday, May 8, 2014

Politik Adalah Keintelektualan Dan Bukannya Manipulasi

Kalau ada manusia yang mudah lupa diri, nah itu adalah sebenar   musuh yang paling paling bahaya. Cukup hanya di anak tangga. 

Untuk makluman saya berkawan dengan pelbagai lapisan masyarakat dan pangkat, ironinya semakin ia tidak memiliki kemampuan semakin itu ia akan cuba memijak kawan tujuannya hanya untuk satu untuk mendapatkan perhatian sekaligus peluang dari mereka yang ada di tingkat tinggi. 

Sebab itu saya katakan di dalam politik yang sihat lagi matang,  yang bernilai tinggi ialah keintelektualan dan bukannya manipulasi. Cuba bayangkan kalau sesama ahli parti pun saling memanipulasi, apa nanti pemimpin atau saja parti berkenaan akan maju berkembang? sudah tentu tidak, semakin rosak adalah. Bererti akhirnya yang akan menanggung beban ialah pemimpin itu sendiri, sedangkan kelebihan hasil dari manipulasinya, individu berkenaan yang dapat, lama lama dari pemimpin hinggalah ke parti akan lemah. Maka itu

Kita sedar keintelektualan adalah anugerah dari Tuhan jadinya kalau diri tidak memiliki daya keintelektualan berusahalah bersikap budiman terhadap semua orang, sebab yang sebenarnya bersikap budiman juga sejenis kebijaksanaan.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.