Thursday, May 22, 2014

PAS Kata Lebih Baik Sokong DAP Daripada Gerakan?

Bila ada pra pemimpin PAS berpolemik pasal sokongan orang Islam terhadap dua parti yang menolak hudud bawaan PAS. Yang mana lebih bahaya DAP kah atau Gerakan/BN . Dan pada individu berkenaan Gerakan lebih bahaya wal hal sebaliknya.

Dengan tujuan untuk mengelirukan masyarakat.

Nah ini jawapan untuk persoalan di atas :-

MH saudara tetap membuat pilihan pada dua parti yang jelas menolak hudud. Tapi harus saudara tahu, tidak pernah tercatat di dalam sejarah kalau UMNO tunduk pada mana maka desakan yang di pinta oleh Gerakan. Malah antara sebab Gerakan kehilangan penyokong di kalangan pengundi Cina ialah sebab masyaraka Cina telah muak dengan sikap pemimpin pemimpin Gerakan dan MCA yang tidak bertegas dengan nasib mereka dari konteks kontrak sosial. Kehendak ini telah di ambil oleh DAP maka itu jugalah DAP mendapat tempat sehingga sekarang. Bererti Gerakan sebenarnya tunduk pada kehendak UMNO yang menjadi tunjang kepada politik BN.

Berbeza dengan DAP yang cuba menafikan kontrak sosial pada hal kontrak inilah yang membela nasib masyarakat Melayu/Bumiputera di seluruh Malaysia. Kurang itu hudud yang menjadi perjuangan PAS secara terang terangan di tolak oleh DAP. Bererti DAP lebih dominan berbanding PAS di dalam PR, lalu dimana asas perjuangan PAS bakal mendapat kemungkinan akan mendapat sokongan, ada dimana dia punya ruang tu. Terbaru para pemimpin pemimpin PAS telah memperjelaskan kepada pemimpin pemimpin DAP pasal perlaksanaan hudud tapi tetap di tolak oleh DAP ekoran itulah Elizabeth Wong mengeluarkan kenyataan pasal hudud yang dia tegaskan sebagai terpaksa alsebab janji janji sebelum ini pada pengundi PAS.

Himpitan politik yang di rasa oleh PAS telah di putar menjadi keuntungan politik kepada PAS sendiri dengan memalitkan UMNO, wal hal UMNO telah memberikan lampu hijau pasal perlaksanaan hudud di negeri Kelantan. PAS sedar dengan kemungkinan yang bakal mereka terima andai hudud terlaksana di negeri Kelantan, pastinya DAP akan menolak mereka. Apa PAS berani menyangkal kenyataan DAP yang secara terbuka menolak hudud termasuk oleh calon DAP di Teluk Intan yakni Dyna? PAS hanya mampu terkedek kedek demi namanya perjuangan politik. Faham tidak saudara MH?


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.