Monday, May 12, 2014

Melayu Berpecah Kerana Politik.?

Melayu berpecah kah.? Saya ingat ia bukan disebabkan oleh faktor politik semata-mata tapi lebih daripada itu yakni attitude yang sudah tidak relevan. Tinggal lagi mereka yang berattitude jelek itu kebanyakannya duduk di lapangan politik.

Apa yang saya maksudkan dengan attitude jelek  disini ialah sikap pentingkan diri hingga membawa kepada perpecahan, apa lagi kalau  perkara itu melibatkan duniawi. Hasad dengki juga menjadi faktor penyumbang kepada perpecahan yang tidak boleh dinafikan, tinggal lagi kurang jelas kenampakan sebab ia bergolak di dalam lapangan politik,  sebab itulah ia kelihatan seolah olah prinsip di dalam berpolitik.  

Buktinya, lihat saja bila kelompok yang mencetuskan perpecahan berada  di tampuk pemerintahan, pasti saja mereka akan bersikap sama seperti mana kelompok yang mereka keji dahulu. Betul tidak.?


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.