Hari ini calon BN Datuk Mah Siew Keong telah melancarkan manifesto BN yang mencakupi tiga perkara yang menjadi keperluan masyarakat khasnya di Teluk Intan. Yakni :-
Infrastruktur, pelancongan dan pembangunan masyarakat Teluk Intan.
Beliau memaklumkan sebelum ini beliau pernah menjadi Ahli Parlimen di Teluk Intan tapi tewas pada PRU12 kepada DAP. Sepanjang beliau memegang mandat Ahli Perlimen dia telah melakukan pelbagai pembangunan, ada di antaranya yang tergendala ekoran kekalahannya, oleh itulah dia berharap pada PRK Teluk Intan ini dia sekali lagi diberikan mandat, agar dia dapat meneruskan semua perancangan pembangunan yang tergendala sebelum ini.
Pada dia, Teluk Intan telah jauh ketinggalan dari konteks pembangunan. Maka itu dia ingin berbakti kepada masyarakat Teluk Intan untuk ke sekalian kalinya.
Infrastruktur/Pembangunan Masyarakat
Lebih banyak pusat komuniti akan dibina untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sekaligus akan memudahkan interaksi di kalangan masyarakat Teluk Intan.
Untuk generasi muda pula, akan lebih banyak zon Internet di sediakan dalam memastikan jurang sosial di antara bandar dan luar bandar akan dapat di rapatkan.
Selain itu frasarana yang meliputi pendidikan untuk kemudahan penduduk Teluk Intan akan disediakan :-
Kompleks sukan bersepadu di Chang kata Jong & Pasir Bedamar
Lebih gelanggang FUTSAL 1Malaysia
Zon wifi dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas
Sebuah Universiti untuk Teluk Intan
Rumah mampu milik melalui PR1MA
Bekalan air, pengairan & saluran yang lebih mantap
Pelancong.
Beliau akan memastikan Menara Condong yang ada di Teluk Intan akan akan wartakan sebagai warisan dunia oleh UNESCO.
Selain itu,Teluk Intan akan di angkat sebagai “pusat makanan” Hilir Perak
Projek pembangunan bersepadu tebing sungai (Integrated riverfront development) bakal di perkenalkan di Teluk Intan.
Undilah Calon BN Datuk Mah Siew Keong.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.