Saturday, May 24, 2014

Fu Wa Dan Feng Yi, Adakah Peliharaan Yang Menguntungkan

Masyarakat politik terutamanya mereka yang pro PR, hanya biasa dengan  pergolakan yang berlaku di dalam negara, yang  berkisar soal PR dan BN, itu saja.

Jadinya kalau ada hal hal luar yang melibatkan hubungan antarabangsa yang agak signifikan jangan mudah terpengaruh konon ia merugikan negara. Kita ambil contoh pasal dua ekor Panda (Fu Wa dan Feng Yi) yang di bawa dari negara China. Jentera propaganda sedang asyik memainkan isu ini, konon kerajaan seronok berbelanja jutaan ringgit sedang ramai lagi masyarakat di luar sana yang miskin. Soal miskin saya tidak nafikan memang ada di depan mata tapi dari konteks hubungan luar, yang akan menguntungkan negara  ia perlu di amati, bagaimana ia boleh menguntungkan.

Integrasi yang melibatkan negara negara luar yakni antarabangsa, kebanyakannya mengarah kepada keuntungan ekonomi kepada dua pihak.

Samalah halnya, dulu lama ketika Malaysia menjual minyak sawit ke negara India. Kerajaan India meminta kita membeli Bas Tata sebagai tukaran perniagaan sebelum mereka menandatangani perjanjian jual beli sawit dengan Malaysia. Nah begitu juga halnya dengan dua ekor Panda ni. Pasti ada persefahaman yang telah di meterai yang menguntungkan  kedua belah pihak, tapi sebelum itu kenalahr Malaysia memenuhi syarat atau saja membodek negara berkenaan agar mereka tetap menjadi rakan perniagaan kepada Malaysia.

Jangan ingat hubungan luar ni, macam kita mengurus komuniti di peringkat bawah yang begitu mudah, hanya perlu bawa berbincang sambil minum kopi, masalah pun selesai. Bukan begitu, negara luar juga memikirkan nasib masyarakat mereka yang dahagakan pembangunan tapi memerlukan kewangan.

Secara logiknya, tak kan pula Malaysia saja saja membawa Panda ke Malaysia tanpa ada sebab yang jelas yang akan menguntungkan Malaysia. Bila negara untung masyarakat miskin dapat di bela, begitu juga dengan kontraktor, mereka akan mendapat projek yang sudah tentu pasti akan menguntungkan mereka.

Jadinya sokong saja apa apa tindakan pemerintah, habis cerita. Kecuali anda memang dari kalangan penentang yang telah mendapat keuntungan. Itu kita tidak boleh buat apa. :)


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.