Wednesday, April 30, 2014

Kerana PAS Kita Seolah Olah Menolak Hudud

Gara gara PAS yang berpolemik dengan proses perlaksanaan hudud, kita turut sama seolah olah menolak perlaksanaan hudud.

Itulah saya katakan memang benar Politik juga ada di dalam agama Islam tapi tidaklah pada politik yang ada sekarang.

Sudah tahu DAP menolak perlaksanaan hudud, tapi mahu juga bersekongkol. Terbaru PAS pula cuba memalitkan MCA agar pemerintah kelihatan menolak hudud.

Geram pelik kita, maka benarlah apa yang di tanggap oleh diri kalau  sebenarnya matlamat utama PAS bagi melaksanakan hudud di peringkat negeri Kelantan adalah untuk memenuhi hasrat masyarakat di negeri itu yang sudah mula kehilangan kepercayaan terhadap PAS. 

Kurang dari itu, MCA pula yang menjadi mangsa politik PAS dengan berpolemik kalau pemimpin pemimpin MCA cuba mempengaruhi pemimpin Melayu agar menolak undian perlaksanaan hudud di peringkat kabinet dengan harapan masyarakat akan melihat pemerintah sebagai turut sama menolak hudud sekaligus menyalahkan UMNO.

Hudud bawaan PAS adalah sebenarnya konflik dalaman PR di antara PAS dan DAP. Selesaikan konflik ini dulu barulah masyarakat menaruh kepercayaan terhadap kamu orang sebagai pemimpin PAS yang cuba memartabatkan Islam ke tingkat tertinggi dan tidak dilihat sebagai hanya pancingan politik semata-mata demi namanya kuasa.

PAS harus menceraikan DAP ? Kita tengok apa ia berlaku,  nah kalau tidak, jelas PAS mempermainkan hudud tanpa mereka sedari.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.