Sunday, April 6, 2014

Jangan Terlalu Ketat, Esscom

Terima atau tidak sebahagian besar penduduk negeri Sabah terutamanya yang bermastautin di Pantai Timur masih mempunyai hubungan kekeluargaan dengan leluhur mereka yang ada selatan Philipines terutamanya.

Jadinya perlaksanaan penguatkuasaan yang mungkin akan di jalankan selepas insiden penculikan di Pulau Singgahmata baru baru ini, jangan pula terlalu ketat.

Mungkin pendekatan yang lebih harmoni boleh di perkenalkan seperti contoh memperkenalkan pas lawatan sementara dan komersial bagi yang ingin berkunjung atau melakukan aktiviti perniagaan di negara Philipines atau sebaliknya.

Terima juga hakikat bahwa pola ekonomi di pantai timur Sabah banyak melibatkan bekas pendatang yang sudah ada keterangan diri tapi masih mempunyai hubungan kekeluargaan di selatan Philipines. 

Kebanyakannya terlibat dalam perniagaan kecil kecilan dan pembinaan bangunan sebagai buruh kasar.
Jadinya terlalu menguatkankuasakan  keselamatan hingga ke tahap yang terlalu, boleh membawa kepada gejala sosial yang baharu selain menjejaskan pola ekonomi setempat atau mungkin saja pada ekonomi negeri Sabah.

Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.