Ramai pula yang mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pasal cadangannya untuk menutup Singgamata Adventures Reef Resort atau mana mana pusat peranginan yang berhampiran sebab kedudukannya yang agak terpencil jesteru menyulitkan pihak keselamatan untuk membuat pemantauan.
Hakikatnya kita tidak bersetuju atau saja bersetuju dengan pendapat segelintir pemimpin pemimpin Sabah yang menolak cadangan penutupan sebab pada pendapat mereka ia adalah tindakan yang agak drastik dan tidak pun mampu menyelesaikan persoalan untuk tempoh yang panjang. Walaupun kenyataan timbalan menteri berkenaan hanyalah mungkin sinikal semata mata :)
Tapi tidaklah drastik, andai benar, pengurusan Singgamata Adventures Reef Resort sengaja menggaji pekerja yang langsung tidak ada keterangan diri walaupun telah diberi ingatan berulang kali. Nah kalau kerana kesalahan ini, kita bersetuju dengan cadangan penutupan.
Inilah gaya pemimpin pemimpin negeri Sabah yang terdiri dari parti kompenan BN ni, manjang berpolemik dengan hal yang mereka sendiri tidak jelas atau saja cuba kelihatan sebagai pejuang pada masyarakat Sabah, wal hal ada banyak lagi perkara yang mereka boleh perjuangkan sepertinya memberikan peluang yang seluasnya kepada masyarakat Sabah untuk terlibat dengan program ekonomi. Terbaru Setiausaha Agung parti PBS, Datuk Johnny, sebelum ini Presiden SAPP yang turut berpolemik hingga sanggup menawarkan imbuhan berupa wang ringgit andai ada individu yang boleh menampar Menteri KDN, Zahid Hamidi. Pada hal sebelum ini dia sendiri tidak menyumbang kepada kemajuan masyarakat Sabah, buktinya ketika beliau menjadi Ketua Menteri, apa yang dia telah sumbangkan ? :)
Semahu kita ni, berikan sokongan atau paling tidak pertimbangan cadangan yang mungkin ada kebenarannya. Siapa tahu kalau pengurusan resort berkenaan terlibat dengan insiden penculikan atau saja boleh dipalitkan sebab menggaji pekerja yang tidak ada keterangan diri dan berpotensi menjadi dalang jahatan. Betul tidak ?
Terlanjur menulis pasal perkara ini, suka saya mencadangkan agar selepas ini semua pusat pusat peranginan di daerah Semporna khasnya dan umumnya Sabah agar mengaji pekerja di kalangan anak anak tempatan atau saja mereka yang mempunyai keterangan diri yang totally sah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.