Rupanya pemimpin PKR khasnya Azmin Ali juga pengamal politik sempit.
Kunjungan hormat Pengerusi bukan eksekutif Media Prima, Datuk Johan Jaafar ke Pejabat Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah mendapat reaksi yang negatif dari Azmin Ali dan penyokongnya. Mereka menyifatkan pertemuan itu sebagai mempunyai nilai nilai moral yang jelek memandangkan PKR adalah musuh politik kepada organisasi UMNO/BN.
Atau ia kerana ketidakpuasan hati Azmin Ali terhadap kepimpinan Khalid, maksud saya ia hanyalah bersifat peribadi tapi bukan kah mereka bernaung di bawah payung yang sama yakni PKR ? Begitu jelek
Selain itu Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya juga turut menunjukkan rasa tidak berkenan, berdasarkan entry di akaun Twitternya, "Layan TV3. Hebat".
Begitu jelek fahaman politik yang mereka amalkan ya, saya ingat selama ini hanya penyokong murahan PKR yang berperangai sedemikian tapi rupanya saya tersilap kira :)
Kalau ada yang tahu, atas tujuan apa kalian sebagai masyarakat politik menceburi lapangan kepolitikan ?
Dan inikah yang dimaksudkan sebagai penyokong politik urban yang kononnya mempunyai kesedaran politik yang tinggi berbanding masyarakat luar bandar, yang tetap di takuk lama, sebab itulah kebanyakan dari mereka menjadi penyokong politik BN ? Alahai
Hello, kalau beginilah sikap pemimpin pemimpin PKR habis barang barang :). Saya berpendapat mereka tidak layak di angkat sebagai pemimpin, baik di masa kini dan masa depan. Sebab kalau tidak masyarakat ini pada akhirnya akan saling bermusuhan yang sudah tentu akan merugikan mereka, apa lagi kalau perpecahan itu nanti melibatkan masyarakat Melayu secara keseluruhannya termasuklah rumpun Melayu yang ada di negeri Sabah dan Sarawak.
"habis barang barang" :)
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.